
Ketua Polis Cheras, Aidil Bolhassan, berkata lelaki berusia 50 tahun ditahan kira-kira 6 petang semalam di sekitar Taman Kinrara, bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kematian dengan cuai.
“Berdasar siasatan awal, suspek mengaku berlaku pertengkaran mulut dengan isteri (mangsa) ketika dalam perjalanan balik ke rumah,” katanya dalam kenyataan.
Aidil berkata, pasangan itu berkahwin selama 20 tahun dan mempunyai dua anak.
“Ujian air kencing pada suspek menunjukkan keputusan positif bagi dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzodiazepine, selain mempunyai satu rekod jenayah dan dua rekod berkaitan dadah,” katanya.
Suspek juga mendakwa mangsa turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis meth.
Aidil berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan mendapatkan keterangan lanjut daripada saksi berkenaan.