Pengeksport PET China, Indonesia kena duti 5 tahun

Pengeksport PET China, Indonesia kena duti 5 tahun

Semua pengeluar dan pengeksport PET di Indonesia dikenakan duti 37.44% dan 11.47% untuk firma China, kecuali lima syarikat.

miti
Miti berkata siasatan mengesahkan PET diimport pada harga lebih rendah daripada harga jualan di China dan Indonesia, menjejaskan industri domestik Malaysia.
PETALING JAYA:
Malaysia mengenakan duti anti-lambakan selama lima tahun ke atas pengeksport polyethylene terephthalate (PET) dari China dan Indonesia berkuat kuasa hari ini.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan Pelaburan dan Industri (Miti) berkata pelaksanaan itu menyusul siasatan pada Ogos 2023 ke atas import PET dari China dan Indonesia, selepas petisyen difailkan firma tempatan yang mengeluarkan polimer sama.

Menurutnya, siasatan mengesahkan PET diimport pada harga lebih rendah daripada harga jualan di China dan Indonesia yang menjejaskan industri domestik Malaysia.

Putrajaya kemudiannya mengenakan duti 37.44% ke atas semua pengeluar atau pengeksport PET dari Indonesia.

Bagi syarikat China, Far Eastern Industries (Shanghai) Ltd dikenakan duti 4.58%, diikuti Jiangsu Hailun Petrochemical Co Ltd, Jiangsu Xingye Plastic Co Ltd dan Jiangyin Xingtai New Material Co Ltd masing-masing pada kadar 2.29%.

Pengeluar atau pengeksport PET lain di China dikenakan duti lebih tinggi pada kadar 11.47%.

Duti anti-lambakan firma China itu berbeza mengikut margin lambakan masing-masing.

“Jabatan kastam akan menguatkuasakan kutipan duti anti-lambakan ke atas import barang dagangan itu selama lima tahun berkuat kuasa hari ini hingga 6 Mei 2030.”

Katanya, isu amalan perdagangan tidak adil dijangka dapat diatasi dengan pelaksanaan duti anti-lambakan ke atas import PRT dari dua negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.