Ismail selesai beri keterangan hampir 6 jam

Ismail selesai beri keterangan hampir 6 jam

Ahli Parlimen Bera disiasat antara lain membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri Yaakob dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM kira-kira 5 petang selepas hampir enam jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengannya.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 10.55 pagi dan dilihat meninggalkan bangunan tersebut kira-kira 5 petang selepas hampir enam jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Ahli Parlimen Bera itu disiasat antara lain membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh pentadbirannya sebagai dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut peruntukan bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilaporkan berkata siasatan terhadap kes berkenaan masih berada di peringkat awal dan setakat ini mencapai antara 15% hingga 20%.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.