
Kenderaan membawa perdana menteri ke-9 itu tiba pada 10.54 pagi.
Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata siasatan SPRM berhubung kes rasuah melibatkan bekas Ismail Sabri, kini mencapai tahap antara 15 hingga 20%.