
Perkara itu disahkan naib presiden PKR yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
“Pagi tadi saya ada bersama dengan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim), Rafizi, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, dalam satu perjumpaan dengan bekas perdana menteri Jepun, Kishida Fumio di Pejabat Perdana Menteri.
“Jadi ya lah, memang sah beliau (Rafizi) sudah mula bekerja,” katanya menurut Bernama selepas pelancaran Program Innovathon Musim Ketiga, Putrajaya.
Terdahulu, media melaporkan desas-desus mengenai Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi parti, terutamanya ketika proses pemilihan PKR 2025 sedang berlangsung di seluruh negara.
Pada Jumaat lalu, Anwar dilaporkan berkata, tindakan Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang tidak perlu dijadikan isu, sebaliknya cuti yang dimohon Ahli Parlimen Pandan itu hanyalah beberapa hari, bukan sehingga hujung bulan seperti dilaporkan media massa.