2 beradik dikhuatiri lemas di Kuala Krai

2 beradik dikhuatiri lemas di Kuala Krai

Mangsa lelaki masing-masing berusia 17 dan 16 tahun.

lemas drowning
Bomba berkata operasi mencari mangsa lemas di Kuala Krai ditangguhkan sementara waktu disebabkan cuaca gelap dan hujan malam tadi. (Gambar fail)
KOTA BHARU:
Dua beradik lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Kampung Kilat, Kuala Krai, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Muhaimi Hashim, berkata dua beradik itu masing-masing berusia 17 dan 16 tahun.

“Pihak kami menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.21 malam sebelum bergegas ke lokasi bersama tujuh anggota.

“Sebaik tiba di lokasi pada 11 malam, jentera bomba tidak dapat menghampiri tempat kejadian yang jauh di kawasan pedalaman dan anggota perlu berjalan sebelum tiba pada 12.10 tengah malam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi ditangguhkan sementara waktu disebabkan cuaca gelap dan hujan ketika itu dan pusat kawalan operasi bencana dibuka di lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.