Pendaki Malaysia dilapor cedera jatuh Gunung Rinjani

Pendaki Malaysia dilapor cedera jatuh Gunung Rinjani

Mangsa bersama 23 pendaki mendaki gunung berkenaan sejak 1 Mei lalu di melalui jalur Sembalun.

gunung rinjani
Balai Taman Nasional Gunung Rinjani dalam satu kenyataan berkata mangsa dilaporkan terjatuh kira-kira pukul 12 tengahari waktu tempatan di kawasan Banyu Urip di gunung berkenaan. (Gambar Wikipedia)
PETALING JAYA:
Seorang rakyat Malaysia dilaporkan cedera selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani yang terletak di Pulau Lombok, Indonesia.

Balai Taman Nasional Gunung Rinjani dalam satu kenyataan di Facebook, mangsa dilaporkan terjatuh kira-kira pukul 12 tengahari waktu tempatan di kawasan Banyu Urip di gunung berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa bersama 23 pendaki lain mendaki gunung berkenaan sejak 1 Mei lalu di melalui jalur Sembalun.

“Saat ini mangsa masih berada di lokasi dia terjatuh dan ditemani ketua rombongan dan tiga jurupandu.

“Operasi membawa turun mangsa sedang dijalankan pasukan penyelamat terdiri beberapa agensi penyelamat tempatan,” kata kenyataan itu.

Katanya, operasi menyelamat turut disertai Badan Pencarian dan Penyelamatan Nasional Indonesia (Basarnas) Mataram dan pasukan penyelamat Lombok Timur.

Bagaimanapun, buat masa ini keadaan dan identiti mangsa masih belum diketahui.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.