
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Helmi Aris berkata polis menerima maklumat memaklumkan terdapat seorang lelaki warga asing dalam keadaan terbaring berlumuran darah, di bilik asrama itu pada 9.20 pagi.
“Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu, merupakan pekerja di kilang sebuah kilang barangan terpakai.
“Setakat ini polis telah menahan 11 warga asing yang tinggal di situ, bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.
Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan namun polis tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan antara mereka awal pagi tadi.
Beliau berkata polis juga masih mengesan beberapa rakan mangsa yang lain, termasuk suspek utama yang dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian tersebut.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya.