Bapa tikam anak 11 tahun direman 7 hari

Bapa tikam anak 11 tahun direman 7 hari

Semalam, seorang kanak-kanak dilaporkan cedera parah selepas ditikam bapa kandung dengan pisau pemotong sayur dalam kejadian di Pasir Mas, Kelantan.

GURU TIKAM ANAK
Suspek 47 tahun yang juga seorang guru disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang bapa yang menikam anaknya berusia 11 tahun dalam kejadian di Pasir Mas, Kelantan semalam direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek 47 tahun yang juga seorang guru itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini selepas membenarkan permohonan polis, menurut Berita Harian.

Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak cedera parah selepas ditikam bapa kandung dengan pisau pemotong sayur dalam kejadian di Kampung Banggol Che Dol.

Polis berkata, si bapa menikam mangsa sebanyak dua kali di dada dan sekali di perut.

Ketua Polis Pasir Mas, Kama Azural Mohamed berkata, mangsa sedang dirawat di Hospital Pasir Mas dan akan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada krisis rumah tangga yang dihadapi suspek yang kini dalam proses penceraian kali ketiga dengan isterinya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.