Tiada isu Rafizi cuti, kata Anwar

Tiada isu Rafizi cuti, kata Anwar

Perdana menteri ulas laporan Rafizi Ramli sedang bercuti.

anwar ibrahim n rafizi ramli
Anwar Ibrahim berkata tiada isu Rafizi Ramli mengambil cuti. (Gambar Bernama)
KUALA LANGAT:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada isu berbangkit berhubung tindakan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang dilaporkan sedang bercuti.

“Beberapa hari bagilah. Tak ada isu. Ada ke soalan tak boleh cuti.

“Saya pun nak cari beberapa hari nak cuti selepas summit (sidang kemuncak Asean 2025), boleh tak,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra.

Sebelum ini, media melaporkan Rafizi yang juga timbalan presiden PKR didakwa mengambil cuti panjang.

Ia sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi PKR terutama ketika proses pemilihan parti di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.