
Negara mencatatkan 56.09 mata tahun ini, semakin baik berbanding kemerosotan 2024 apabila menjunam 34 anak tangga ke kedudukan 107 dengan markah 52.07.
Namun, ranking baharu itu belum dapat menyamai kedudukan Malaysia ke-73 pada 2023.
Meskipun meningkat, RSF kekal mengkategorikan landskap media Malaysia sebagai berada dalam ‘situasi bermasalah’.
Di Asean, Malaysia kekal di belakang Thailand (85), namun mengatasi Brunei (97), Filipina (116), Singapura (123), Indonesia (127), Laos (150), Kemboja (161), Myanmar (169), dan Vietnam (173).
Februari lalu, kerajaan memperkenalkan kod etika kewartawanan untuk menangani cabaran media sosial.
Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia diluluskan di Parlimen pada Mac, membuka laluan kepada sebuah badan bebas untuk menyelia media.
Dalam pada itu, RSF dan pemerhati lain masih menggesar Malaysia memansuhkan undang-undang era kolonia seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Indeks Kebebasan Media Dunia menilai kebebasan media melibatkan 180 negara berdasarkan faktor seperti konteks politik, rangka kerja undang-undang, kebebasan media, ketelusan, dan keselamatan wartawan.