
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata syarikat yang menawarkan diskaun melalui inisiatif itu termasuk Aeon, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, Old Town White Coffee, Zuss Coffee, SOCAR dan Bateriku.
“Kad Pekerja Madani untuk memberikan ruang kepada ahli kesatuan menikmati diskaun,” katanya menurut Berita Harian pada sambutan Hari Pekerja 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Sementara itu, Anwar menyifatkan pekerja sebagai pemangkin utama dalam mencipta sebuah negara hebat dan berdaya saing.
Menurutnya, setiap individu yang bekerja, sama ada di kilang, jabatan kerajaan, klinik, sekolah, balai polis atau mana-mana sektor, memainkan peranan penting dalam menggerakkan perubahan serta mencatat kejayaan negara.
“Negara ini masih berdepan pelbagai cabaran. Hari-hari kita dihadapkan dengan isu besar seperti krisis di Palestin dan ketidaktentuan global, termasuk tindakan sesuka hati kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
“Namun, kita tetap mampu mara jika semua bekerja dengan tekun, ikhlas dan penuh iltizam. Tidak kira sektor mana, pekerja yang berpegang kepada nilai keikhlasan dan kepercayaan kepada negara pasti menyumbang kepada pembentukan negara hebat,” kata menurut Bernama.