
Zahid yang juga timbalan perdana menteri itu berkata hasil perjumpaan dengan kepimpinan Umno Sabah semalam, beliau telah memberikan garis panduan untuk parti di negeri berkenaan menghadapi PRN.
“Saya fikir eloklah jika soal pemilihan menteri besar atau ketua menteri kita kemudiankan… pastikan kemenangan calon yang akan di ketengah.
“Saya sendiri akan berunding dengan kepimpinan Umno Sabah bagi menentukan siapa yang boleh diterima oleh ahli DUN dan siapa yang boleh mengetuai kerajaan negeri apabila jumlah kerusi diperoleh paling banyak oleh mana-mana kumpulan parti di Sabah,” katanya kepada pemberita.
Zahid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Lembaran Kasih Aidilfitri Bersama Warga Felda di Padang Awam Palong 3.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Sabah Suhaimi Nasir yang mencadangkan Pengerusinya Bung Moktar Radin, sebagai ‘poster boy’ BN pada PRN nanti.
Zahid juga berkata beliau menghormati keputusan itu tetapi menyifatkan belum masanya untuk mengetengahkan mana-mana individu atau pemimpin sebagai ‘poster boy’.