
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berpandangan Sabah bukan lapangan utama perjuanganya malah kemenangan di Semananjung Malaysia banyak dibantu oleh Pakatan Harapan (PH).
Kerusi terbabit adalah Parlimen Muar dimenangi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan DUN Puteri Wangsa yang diwakili pemangku Presiden Amira Aisya Abd Aziz.
“Muda tak ada sokongan akar umbi kuat dan lebih banyak bergerak di media sosial. Bertanding di Semenanjung pun susah menang, inikan pula di Sabah.
“Saya nasihat pemimpin muda ukur baju dekat badan sendiri. Sekadar lengkapkan demokrasi tak ada masalah, tetapi percubaan Muda di Sabah (itu) di luar kemampuan mereka,” katanya.
Ahad lalu, pemangku Ketua Muda Sabah Faezrah Rizalman mengumumkan hasrat parti itu bertanding maksimum 10 kerusi pada PRN dengan fokus diberi di kawasan bandar.
Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya (UM) pula menyifatkan langkah Muda bertanding di Sabah hanya ‘angan-angan’ kerana tiada tokoh besar untuk memimpinnya.
“Bagi saya Muda bermimpi di siang hari, mereka sukar menang kerana tiada kerjasama gabungan dengan mana-mana parti dominan politik di Malaysia,” katanya.
Menurutnya, tiada tokoh kuat di Muda untuk menggantikan Syed Saddiq yang mengosongkan kerusi presiden pada November 2023 untuk membolehkannya fokus dalam proses rayuan salah guna membabitkan dana Pemuda Bersatu.
Pada PRU15, Muda meletakkan calon tunggal di Parlimen Kota Marudu, namun wakilnya Sharizal Denci kalah.