AS setuju mula rundingan rasmi berhubung tarif

AS setuju mula rundingan rasmi berhubung tarif

Malaysia akan lantik timbalan ketua setiausaha Miti untuk ketuai rundingan dengan penolong USTR.

zaf
Menteri Tengku Zafrul Aziz kata perbincangan akan tumpu pada pengurangan tarif, halangan bukan tarif, dan ketidakseimbangan perdagangan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Amerika Syarikat bersetuju untuk memulakan rundingan rasmi dengan Malaysia berhubung kadar tarif 24% yang bakal dikenakan ke atas import dari Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industry Tengku Zafrul Aziz berkata perbincangan akan tumpu pada tiga bidang khusus iaitu pengurangan tarif, halangan bukan tarif, dan ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara.

Timbalan ketua setiausaha kementerian akan dilantik untuk mengetuai rundingan dengan AS, yang turut menamakan penolong Pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR) sebagai perunding, menurut Bernama.

Tengku Zafrul berada di AS dari 23-27 April untuk mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan AS, Duta Besar Jamieson Greer, di Washington DC.

AS mengumumkan tarif 24% ke atas kebanyakan barangan Malaysia, serta kira-kira 60 negara lain pada kadar berbeza. Tarif dijeda selama 90 hari untuk membolehkan rundingan.

Bagaimanapun duti 10% ke atas hampir semua import AS dikekalkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.