
Program itu disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam satu majlis di Kangar hari ini.
Menerusi program ini, sumbangan berjumlah RM400,000 disampaikan MAIPs melalui PTPTN dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime kepada 2,000 orang anak asnaf kelahiran baharu di Perlis mulai 1 April 2025.
Setiap anak asnaf yang layak akan menerima RM200 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime yang menjadi permulaan simpanan pendidikan bagi masa depan mereka.
Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata PTPTN sentiasa berusaha memperkasa penabungan sebagai agenda utamanya untuk mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
“PTPTN sentiasa mengalu-alu kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, syarikat korporat dan pelbagai pihak untuk membantu golongan asnaf, terutama dalam aspek pendidikan.
“Semoga Program PEKA Simpan SSPN bagi kelahiran baharu anak asnaf Perlis akan memberi sinar baharu kepada keluarga supaya mengutamakan pendidikan tinggi untuk mengubah nasib keluarga,” katanya.