
Perintah reman terhadap suspek berusia 26 hingga 45 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuching, Heng Yi Min, selepas membenarkan permohonan pegawai penyiasat kes dari IPD Padawan.
Harian Metro melaporkan peguam Russell Lim yang mewakili semua suspek berkata, tiga suspek menaiki kereta sama dengan mangsa direman empat hari hingga 1 Mei ini.
Beliau berkata, tiga lagi individu menaiki kereta berasingan bersama suspek disyaki melepaskan tembakan pula direman hingga 4 Mei ini bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, media melaporkan dua lelaki membawa mangsa tidak sedarkan diri dalam Perodua Myvi ke Balai Polis Batu Kawa pada 5.30 pagi dan memaklumkan dia terkena tembakan ketika mereka melalui Jalan Stephen Yong.
Hasil pemeriksaan mendapati mangsa terkena dua das tembakan di kepala dan lengan kanan.
Polis kemudian menahan enam suspek di beberapa lokasi berasingan sekitar Kuching antara 4 petang hingga 5.30 petang semalam.