Tikam peminta sedekah: Suspek miliki kad OKU, mangsa ada isteri bekerja

Tikam peminta sedekah: Suspek miliki kad OKU, mangsa ada isteri bekerja

Seorang lelaki ditikam dalam satu pertengkaran berkaitan tempat meminta sedekah, di Shah Alam semalam.

lelaki maut ditikam sek18 shah alam
Permohonan reman terhadap suspek kes tikam seorang lelaki dikatakan peminta sedekah dijalankan di wad pemerhatian, kata polis. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Suspek kes tikam seorang lelaki yang dikatakan peminta sedekah, di Shah Alam semalam, memiliki kad orang upaya lembam, menurut polis.

Ketua Polis Shah Alam, Iqbal Ibrahim, berkata permohonan reman terhadap suspek dijalankan di wad pemerhatian Hospital Shah Alam, di hadapan seorang majistret pada petang tadi.

“Suspek dimasukkan ke wad pemerhatian kerana mengalami sawan,” katanya, lapor Berita Harian. Lelaki berusia 28 tahun itu direman tujuh hari bermula hari ini hingga 1 Mei depan.

Sementara itu, mangsa kejadian pula, yang ditikam dalam satu pertengkaran berkaitan tempat meminta sedekah, mempunyai isteri yang bekerja pengawal keselamatan.

Lelaki berusia 40 tahun itu memakai besi di kaki akibat kemalangan tiga tahun lalu.

Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah bank di Shah Alam, selepas ditikam dalam satu pertengkaran.

Menurut kenyataan polis, suspek ingin meminta sedekah di kawasan tersebut.

Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun jika disabitkan bersalah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.