Jenayah scam kaut RM573 juta suku pertama 2025, AI jadi penyumbang

Jenayah scam kaut RM573 juta suku pertama 2025, AI jadi penyumbang

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berkata AI generatif boleh mencipta kandungan nampak sahih dan meyakinkan untuk perdaya mangsa.

scammer
Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya sudah jangka peningkatan jumlah kerugian jenayah scam kesan kepesatan teknologi terutama AI.
PETALING JAYA:
Jenayah scam pada suku pertama 2025 meningkat melibatkan kepada RM573 juta, berbanding RM519 juta tempoh sama tahun lalu, kata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Rohaimi Md Isa, berkata trend itu sudah dijangka susulan kepesatan teknologi, terutama kecerdasan buatan (AI) yang dapat menjana identiti digital palsu, laman web tiruan, perbualan automatik (chatbot), dan ‘deepfake’ untuk memperdayakan mangsa.

“Selain itu, AI generatif juga membolehkan penciptaan kandungan yang kelihatan sahih dan meyakinkan, sekali gus menyukarkan pengguna untuk membezakan antara komunikasi tulen dengan yang bersifat penipuan,” katanya menurut Berita Harian.

Katanya, 12,110 kes sepanjang suku pertama tahun ini direkodkan, berbanding 10,715 dalam tempoh sama tahun lalu.

Tahun lalu, jenayah scam mengakibatkan kerugian keseluruhan RM1.57 bilion, berbanding RM1.21 bilion pada 2023.

JSJK mengkategorikan kes scam kepada enam kategori utama, iaitu jenayah telekomunikasi, e-kewangan, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud, dan pelaburan tidak wujud.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.