Bidaan nombor siri A__A kutip lebih RM24 Juta

Bidaan nombor siri A__A kutip lebih RM24 Juta

Nombor paling tinggi dibida adalah A9A dengan nilai RM902,020, diikuti A11A (RM703,007), A8A (RM700,000), A7A (RM502,000) dan A2A (RM490,888).

Nombor paling tinggi dibida adalah A9A dengan nilai RM902,020, diikuti A11A (RM703,007), A8A (RM700,000), A7A (RM502,000) dan A2A (RM490,888). (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip lebih RM24 juta hasil bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri A__A sempena sambutan Hari JPJ ke-79 berlangsung dari 19 hingga 23 April lalu.

Menurut Kementerian Pengangkutan, jumlah kutipan keseluruhan mencecah RM24,022,793 menerusi 24,470 penyertaan.

Daripada jumlah itu, seramai 6,746 pembida berjaya memperoleh nombor pendaftaran masing-masing melalui platform JPJeBid.

“Nombor paling tinggi dibida adalah A9A dengan nilai RM902,020, diikuti A11A (RM703,007), A8A (RM700,000), A7A (RM502,000) dan A2A (RM490,888).

“Lima nombor paling ramai dibida pula adalah A51A (40 pembida), A101A (31 pembida), A8118A (29 pembida), A1881A dan A19A (masing-masing 27 pembida),” katanya dalam kenyataan.

Kementerian memaklumkan, hasil bidaan siri itu akan digunakan untuk membiayai pelbagai program bawahnya termasuk MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, dan FlySISWA.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.