Tanah runtuh di TTDI, Sri Petaling, Cheras akibat hujan lebat

Tanah runtuh di TTDI, Sri Petaling, Cheras akibat hujan lebat

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan di tiga kawasan terbabit.

tanah runtuh
Dua kenderaan terjejas selepas sebahagian tembok dinding sebuah sekolah antarabangsa di Taman Tun Dr Ismail runtuh akibat hujan lebat pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Tanah runtuh akibat hujan lebat pagi tadi menyebabkan sebahagian tembok dinding sebuah sekolah antarabangsa di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dekat sini runtuh.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, 15 anggota bersama dua jentera dari Balai Balai TTDI serta Sri Hartamas bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.18 pagi tadi.

Komander Operasi, Azkhan Hamdan, berkata setiba di lokasi, anggotanya menjalankan penilaian awal bagi memastikan kawasan terbabit selamat.

“Kejadian tersebut turut menjejaskan dua kenderaan dan sebahagian bangunan sekolah, termasuk bilik darjah, bilik guru, tandas serta perpustakaan,” katanya menurut Berita Harian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tindakan lanjut diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tanah runtuh turut dilaporkan di Sri Petaling dan Cheras, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Operasi masih dijalankan di kedua-dua lokasi dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.