
Perintah reman dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani terhadap suspek lelaki berusia 47 tahun selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Menurut sumber, lelaki berkenaan ditahan pada 2.28 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
“Lelaki itu disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi kerja-kerja perolehan peralatan dan bukan perubatan kira-kira dua tahun lepas, sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya,” menurut sumber.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.