Wanita ditahan pukul anak di kedai dobi

Wanita ditahan pukul anak di kedai dobi

Polis berkata suspek memarahi dan memukul anaknya kerana bimbang keselamatan mangsa yang berlari-lari di depan kedai dobi terbabit.

Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli berkata wanita itu ditahan semalam dan direman hingga hari ini. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang wanita ditahan semalam kerana disyaki memukul anak berusia sembilan tahun di sebuah kedai dobi di Chukai, Terengganu.

Ketua Polis Kemaman, Mohd Razi Rosli, berkata pihaknya menerima laporan kelmarin dan hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 3 petang 16 April lalu.

“Kita menerima laporan satu video kejadian pukul yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita memarahi dan memukul anak perempuannya.

“Wanita berusia 45 tahun memarahi dan memukul anaknya kerana bimbangkan keselamatan anaknya yang berlari-lari di depan kedai dobi terbabit yang boleh menyebabkan kecederaan sekiranya dilanggar kenderaan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, wanita itu direman hingga hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Menurutnya, mangsa kemudian dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kemaman dan kini dijaga bapanya.

Beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.