
Peguam, S Saravana Kumar yang mewakili Naimah, 68, berkata Mahkamah Tinggi Shah Alam berpendapat permohonan kebenaran semakan kehakiman anak guam mempunyai merit.
Beliau berkata, Hakim Shahnaz Sulaiman memutuskan demikian selepas menolak bantahan Pejabat Peguam Negara (AGC).
Katanya, mahkamah menyatakan permohonan Naimah bukanlah remeh atau menyusahkan serta terdapat persoalan undang-undang yang perlu didengar di peringkat substantif.
“Kami mempunyai masa selama dua minggu untuk menyampaikan notis kepada LHDN,” katanya menurut Sinar Harian.
Na’imah tidak hadir untuk prosiding itu dan hanya diwakili peguam.
Dalam prosiding tersebut, Peguam Persekutuan Sheryn Yong hadir bagi pihak AGC.
Pada 18 Okt 2024, mahkamah memerintahkan Na’imah, 68, membayar RM313.82 juta tunggakan cukai pendapatan kepada LHDN.
Sebelum itu, pada 19 Ogos tahun sama, Naimah telah memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap notis LHDN untuk cukai tambahan berhubung tahun taksiran 2018 tersebut.
Dalam afidavit sokongannya, Naimah mendakwa taksiran cukai terhadapnya adalah berdasarkan tuntutan yang tidak berasas.