
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata, polis mengesan video pergaduhan berkenaan yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook pada jam 10 pagi tadi.
Katanya, hasil semakan mendapati pergaduhan itu berlaku semasa pesta berkenaan yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di Damansara.
“Susulan itu, satu laporan dibuat oleh ketua balai polis Damansara dan siasatan kini dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan lapor Sinar Harian.
Shahrulnizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Balai Polis Damansara Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222,” katanya.
Dalam video berdurasi 56 saat itu menunjukkan sekumpulan pengunjung bergaduh dan membaling kerusi antara satu sama lain.