
Katanya, kertas siasatan dalaman dibuka bagi meneliti penglibatan pegawai tersebut untuk memastikan sama ada berlaku sebarang pelanggaran kod etika perkhidmatan atau undang-undang.
“Pihak suruhanjaya tidak akan berkompromi sekiranya mana-mana pegawainya didapati telah melanggar undang-undang atau mencemarkan integriti institusi ini,” menurut kenyataan.
SPRM dalam kenyataannya memaklumkan tentang suatu pemeriksaan mengejut oleh polis ke atas sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur yang turut melibatkan seorang pegawainya.
Tiada butiran lanjut tentang pemeriksaan tersebut dalam kenyataan itu.
SPRM berkata ia akan beri kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.