
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata KPM sudah membincangkan perkara itu.
“Ia tidak menjadi masalah. Kami bersedia. Kami mahu pastikan program Asean berjalan lancar dan mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya selepas menghadiri sebuah majlis di sini.
Beliau mengulas cadangan kerja dari rumah untuk pekerja di Lembah Klang semasa Sidang Kemuncak Asean akan datang kerana jalan raya mungkin ditutup ketika ketibaan tetamu kenamaan.
Khamis lalu Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan dilaporkan berkata Jemaah Menteri juga akan membincangkan sekolah yang dibenar menjalankan PdPR semasa Sidang Kemuncak Asean bulan depan serta Sidang Kemuncak Asean bersama Rakan Dialog pada Oktober nanti.
Beliau berkata cadangan itu timbul susulan kesulitan dan kekangan dihadapi rakyat, khususnya di Kuala Lumpur serta Putrajaya akibat penutupan jalan semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping minggu lalu.