Kastam bongkar cubaan ‘kirim’ dadah hampir RM2.5 juta

Kastam bongkar cubaan ‘kirim’ dadah hampir RM2.5 juta

Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah Saidin Jalaluddin berkata tiga kes itu menggunakan perkhidmatan kargo udara bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah Saidin Jalaluddin berkata 71.7kg methamphetamine, 434g ketamin dan 15.357kg ganja dirampas dalam tiga serbuan berasingan di Kota Kinabalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kastam merampas dadah berjumlah hampir RM2.5 juta yang cuba diseludup menggunakan perkhidmatan kurier dalam tiga serbuan berasingan di Sabah.

Dadah itu merangkumi 71.7kg methamphetamine, 434g ketamin dan 15.357kg ganja.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah, Saidin Jalaluddin, berkata rampasan pertama membabitkan empat bungkusan methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.295 juta di Mas Kargo, Kota Kinabalu, pada 6.25 petang 28 Mac lalu.

Beliau berkata, rampasan kedua ialah ketamin dianggarkan bernilai RM86,800 yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier di Pos Aviation, Kota Kinabalu pada 8 pagi 1 Mac lalu.

Menurutnya, rampasan ketiga membabitkan empat bungkusan ganja di premis Mas Kargo, Kota Kinabalu.

“Bungkusan tersebut mengandungi barangan disyaki ganja seberat 15.3kg dianggarkan bernilai RM47,606,” katanya menurut Harian Metro dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Saidin berkata, tiga kes itu dikesan menggunakan perkhidmatan kargo udara untuk menyeludup dadah bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.