Ketua PKR Pahang kalah di Lipis

Ketua PKR Pahang kalah di Lipis

Rizal Jamin yang juga ketua PH Pahang gagal pertahan ketua PKR Lipis selepas tewas kepada Mohd Hasim Mansor.

Ketua PKR Pahang Rizal Jamin menerima 421 undi, berbanding lawan Mohd Hasim Mansor yang mendapat 516.
PETALING JAYA:
Ketua PKR Pahang Rizal Jamin gagal mempertahankan jawatan ketua parti itu di Lipis selepas tewas pada pemilihan parti, semalam.

Dalam keputusan disahkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Rizal yang juga ketua Pakatan Harapan (PH) negeri kalah selepas menerima 421 undi, berbanding pemenang Mohd Hasim Mansor yang mendapat 516.

Rizal juga antara lima Adun dilantik Pahang yang mengangkat sumpah pada 5 Sept tahun lalu.

Pemilihan di Pahang turut menyaksikan Exco Pahang Sim Chon Siang tewas pada pemilihan bagi jawatan ketua PKR Kuantan yang membabitkan pertandingan dua penjuru.

Adun Teruntum itu memperoleh 575 undi manakala Fakhrul Anuar Zulkawi selaku pemenang mendapat 575 undi.

Sementara itu, Ahmad Farhan Fauzi, setiausaha politik kepada perdana menteri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding pada pemilihan ketua PKR Indera Mahkota.

Di Bera, Ahli Dewan Negara Bob Manolan mempertahankan ketua PKR bahagian itu selepas mendapat 225 undi berbanding pencabarnya Mohamed Jidi Yaakob dengan 186 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.