Bekas Adun Umno serah borang PAS

Bekas Adun Umno serah borang PAS

Bekas Adun Kampung Gajah Wan Norashikin Wan Noordin serah borang keahlian kepada Presiden PAS Hadi Awang malam tadi.

Wan Norashikin Wan Noordin
Bekas Adun Kampung Gajah, Wan Norashikin Wan Noordin, serah borang untuk sertai PAS pada ceramah sempena PRK Ayer Kuning. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas Adun Umno di Perak, Wan Norashikin Wan Noordin, menyerahkan borang keahlian PAS pada satu ceramah bersempena PRK Ayer Kuning, malam tadi.

Wan Norashikin Wan Noordin, yang pernah mewakili rakyat Kampung Gajah dari 2008-2013 dan 2018-2022 serah borang keahlian kepada Presiden PAS Hadi Awang, di satu ceramah besar di Kampung Tanjung Keramat.

Pengerusi majlis ketika mengumumkan serahan borang itu menyifatkan perkembangan ini sebagai ‘menggemparkan’, dan mengangkat Wan Norashikin sebagai ‘seorang tokoh Umno’.

Ketika bersama Umno, Wan Norashikin pernah menjadi ketua Wanita Perak dan exco Wanita pusat.

Wan Norashikin bertanding di DUN Kampung Gajah pada PRK 2008, PRK 2018, dan PRK 2022.

Beliau juga pernah menjadi exco kerajaan Perak dari 2020 hingga 2022, memegang portfolio pembangunan wanita dan keluarga.

Menyaksikan serahan malam tadi Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Annuar Musa; Naib Presiden PAS Idris Ahmad, dan Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.