
Azizulhasni yang dikenali sebagai ‘Pocket Rocketman’ berkata, keputusan itu dibuat setelah berbincang bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, lapor Bernama.
“Saya ambil keputusan untuk kembali aktif dalam arena berbasikal secara kompetitif namun perjalanan sedikit berbeza, saya tidak akan bersama dengan pasukan kebangsaan,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Yeoh di MSN, Kuala Lumpur.
“Saya memilih untuk bergerak sendiri dan secara profesional. Ketika duduk dengan MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) saya minta mereka untuk beri tumpuan penuh peruntukan kepada atlet lain demi kesinambungan sukan kita.”
Dalam pada itu, atlet berusia 37 tahun itu berkata, beliau sedia beraksi bersama skuad kebangsaan sekiranya khidmatnya masih diperlukan, terutamanya bagi temasya Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan.