Pemandu rentung kereta terbakar langgar pembahagi jalan

Pemandu rentung kereta terbakar langgar pembahagi jalan

Identiti mangsa dalam kejadian di Kilometer 65.3 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara itu belum dikenal pasti.

Pemandu rentung,
Bomba menerima maklumat pada 11.36 malam berhubung kejadian kemalangan mengakibatkan sebuah kereta terbakar dan pemandunya rentung. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Pemandu ditemui rentung dalam sebuah kereta yang melanggar pembahagi jalan di Kilometer 65.3 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara, di Pendang, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak Mohd Happyzam Abd Rasid berkata kejadian itu membabitkan sebuah kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi di sebelah kiri jalan sebelum terbalik serta terbakar.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 11.36 malam.

“Komander Operasi memaklumkan ada seorang mangsa didalam kereta terbabit dan tindakan operasi kerja-kerja pemadaman dilakukan sehingga api berjaya dikawal pada 12.40 tengah malam.

“Mangsa rentung namun identitinya belum dikenal pasti,” katanya menurut Berita Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.