
Khairul Akmal Jasni, 40, membuat pengakuan itu hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa cuba membocorkan dokumen bertajuk “Q1 2024 Upstream Business Performance Operational & Financial”—yang diperoleh semasa menjalankan tugasnya sebagai pengurus prestasi unit perniagaan di Petronas—kepada Petros.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di B-6-10, Marc Service Residence, Jalan Pinang di Dang Wangi pada 8 Jun tahun lalu antara 3.19 petang hingga 3.21 petang.
Pertuduhan mengikut Seksyen 203A(1) dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk mendedahkan maklumat yang diperoleh semasa menjalankan tugas rasmi.
Jika disabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda minimum RM1 juta, penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sabri Othman manakala Khairul diwakili peguam Fadhli Sutris.
Siti Shakirah menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkannya menyerahkan pasport.
Sebutan semula ditetapkan pada 19 Mei.