Prabakaran nafi arah beri token sokong ‘pasukan Praba’

Prabakaran nafi arah beri token sokong ‘pasukan Praba’

P Prabakaran yang akan mempertahankan jawatan ketua PKR Batu pada pemilihan Sabtu ini serah kepada JPP untuk siasat dakwaaan.

YB RM100 SS 160425
Tular sebuah video memaparkan seorang pemimpin sayap PKR Batu memberi wang dan meminta mengundi pasukan ‘Praba’, termasuk dirinya pada pemilihan.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran menafikan mengeluarkan arahan khusus untuk memberi duit token kepada pemilih bagi menyokong beliau dan pasukannya pada pemilihan, Sabtu ini.

Beliau yang akan mempertahankan jawatan ketua PKR Batu itu terbuka untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk siasatan lanjut.

“Saya telah menerima satu sebaran video berkaitan pemberian token kepada pemilih.

“Saya ingin menafikan perbuatan tersebut sepenuhnya oleh kerana tiada arahan khusus dikeluarkan oleh saya kepada mana-mana anggota pasukan sama ada di peringkat cabang mahu pun sayap-sayap parti,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tersebar video janji ‘duit raya’ yang menimbulkan kebimbangan berkaitan dakwaan politik wang di tengah pemilihan PKR pada masa ini.

Video dirakam secara rahsia itu antaranya memaparkan seorang pemimpin sayap PKR Batu memberi wang dan meminta mengundi pasukan ‘Praba’, termasuk dirinya pada pemilihan.

Dalam video itu, kedengaran dia memberitahu duit raya RM100 akan diberikan sebelum mengundi dan RM100 lagi selepas pengundian

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.