
Ketua Polis Bera, Zulkiflee Nazir, berkata pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian itu daripada bapa pelajar berkenaan pada 13 April.
Beliau berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian, pelajar tingkatan satu hingga tiga telah dipanggil “roll call”, arahan daripada warden asrama bagi tujuan pemeriksaan bilik oleh Persatuan Jabatan Penguasa Asrama (JPA).
Bagaimanapun Zulkiflee berkata lima pelajar tingkatan empat dan lima dikatakan telah mengambil alih ‘roll call’ dan bertindak membuli dengan memaksa pelajar itu menari, dan pelajar itu juga dikatakan telah dicekik di bahagian leher.
“Setakat ini polis telah merakam percakapan pelajar berkaitan dan kes masih dalam siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.