Permohonan TVET pengambilan Julai dibuka hingga 15 Jun

Permohonan TVET pengambilan Julai dibuka hingga 15 Jun

Permohonan itu bagi beri peluang kepada lepasan SPM dan individu berminat meneroka bidang kemahiran relevan dengan industri.

tvet
Program TVET buka peluang kepada masyarakat untuk tingkat kemahiran dan memperoleh gaji kompetitif. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Permohonan kemasukan ke program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi kursus sepenuh masa bagi penambilan Julai dibuka mulai semalam hingga 15 Jun, umum Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Beliau yang juga pengerusi Majlis TVET Negara berkata permohonan itu bagi memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan individu berminat meneroka bidang kemahiran yang relevan dengan industri.

“Pelbagai program ditawarkan dalam UP_TVET merangkumi bidang automasi, pembuatan, pertanian moden, pembinaan, perkhidmatan, teknologi maklumat dan kesihatan.

“Bagi mereka yang perlukan fleksibiliti, saya turut menggalakkan untuk meneroka laluan UP_TVET Flexi – sebuah sistem modular membolehkan pembelajaran mengikut jadual dan keperluan individu yang telah dibuka sejak Januari 2025,” katanya.

Zahid Hamidi
Zahid Hamidi.

Menurut Zahid, TVET hari ini bukan lagi pilihan alternatif sebaliknya telah menjadi landasan utama kepada kerjaya kukuh, bergaji kompetitif dan berpotensi tinggi.

“Ia antaranya merangkumi sektor strategik seperti automasi, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Layari pautan ini untuk keterangan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.