
“Terima kasih kepada mereka kerana menjunjung gambar saya walaupun tak hadir hari penamaan (calon),” kata Loke yang malah menyifatkan karikatur tersebut sebagai ‘cantik’.
DAP bersama komponen Pakatan Harapan (PH) lain membantu Barisan Nasional (BN) dalam usaha mempertahankan DUN Ayer Kuning daripada cabaran PN dan Parti Sosialis Malaysia.
Loke mengulas sepanduk yang menggunakan karikatur seolah-olah menyindir beliau dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Kalau mereka nak tunjuk rakyat itu sahaja kerja mereka … biarlah. Kita buat kerja kita,” kata Loke.
Mengulas perkembangan lain, Loke berkata, kerjasama antara BN dan PH pada PRN17 Sabah bukan suatu masalah bagi pihaknya.
“Memang kita akan bincang bentuk kerjasama yang akan dijalinkan nanti,” katanya.
Semalam, Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin mengumumkan gabungannya akan bekerjasama dengan PH.