Belum bincang rasmi kerjasama BN-PH pada PRN17, kata DAP Sabah

Belum bincang rasmi kerjasama BN-PH pada PRN17, kata DAP Sabah

Ketua DAP Sabah Phoong Jin Zhe berkata, pertemuan tidak rasmi antara pemimpin parti politik adalah perkara biasa.

Datuk Phoong Jin Zhe
Ketua DAP Sabah Phoong Jin Zhe berkata, pihaknya melihat cadangan kerjasama BN-PH pada PRN17 selaras dengan semangat Madani dipraktikkan oleh kerajaan perpaduan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
DAP Sabah mengesahkan tiada perbincangan rasmi kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada PRN seperti diumumkan, semalam.

Ketuanya Phoong Jin Zhe dalam kenyataan berkata, pertemuan tidak rasmi di antara pemimpin parti politik adalah perkara biasa.

Bagaimanapun, beliau yang juga Adun Luyang berkata, DAP melihat pengumuman BN untuk bekerjasama dengan PH selaras semangat semangat kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

“DAP Sabah sentiasa mengambil pendekatan terbuka terhadap sebarang kerjasama politik dengan mana-mana parti politik, asalkan kepentingan rakyat Sabah sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Semalam, Ketua BN Sabah Bung Moktar Radin berkata, BN akan bekerjasama dengan PH pada PRN yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Phoong bagaimanapun berkata, kerjasama politik mesti berlandaskan dasar menyumbang kepada pembangunan Sabah, bukan semata-mata untuk pilihan raya.

“DAP Sabah bersedia berbincang mengenai dasar-dasar yang perlu dilaksanakan demi masa depan Sabah sebelum memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama politik.

“DAP Sabah kekal berpendirian bahawa kestabilan politik selepas PRN penting bagi memastikan keyakinan pelabur dan kemajuan berterusan dalam membangunkan Sabah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.