Pembantu PM, Ahli Parlimen Sungai Petani menang jawatan ketua bahagian PKR Kedah

Pembantu PM, Ahli Parlimen Sungai Petani menang jawatan ketua bahagian PKR Kedah

Chan Ming Kai menang jawatan ketua PKR Alor Setar, manakala Dr Taufiq Johari menang tanpa bertanding di Sungai Petani.

Chan Ming Kai and Dr Taufiq Johari
Chan Ming Kai dan Dr Taufiq Johari (kanan) memenangi jawatan ketua bahagian dalam pemilihan PKR di Kedah semalam.
PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari menang dalam pemilihan bahagian PKR Kedah semalam, menurut keputusan rasmi dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti.

Chan yang juga setiausaha politik Anwar Ibrahim, menang dengan 932 undi menewaskan Ang Say Thong yang meraih 471 undi.

Zamri Yusuf yang menyandang jawatan ketua Alor Setar sebelum ini, memenangi jawatan timbalan dengan 768 undi berbanding 621 undi diperolehi Fadhlurrahman Zawawi.

Taufiq pula menang tanpa bertanding di Sungai Petani, begitu juga Adun Bakar Arang, Loh Wei Chai yang menang tanpa bertanding sebagai timbalan ketua.

Di Jerai, Firdaus Johari yang juga anak Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, tewas kepada S Poobalan.

Penyandang jawatan ketua bahagian Langkawi, Ismail Wasi Ahmad Shafawi berjaya mempertahankan jawatannya, manakala Ahmad Ramli Shaarani dipilih sebagai timbalan.

Azizi Azizan menang di Kubang Pasu, dengan S Sugumar sebagai timbalan.

Pemenang lain termasuk Rudzi Samsudin (Jerlun), Tahar Hussin (Padang Terap), Altab PA Ibrahim (Pokok Sena), Habib Ahmad Muhaiyuddin Habib Danial (Sik), M Yugins (Merbok), S Chandar (Baling) dan Yeo Keng Chuan (Kulim Bandar Baharu).

Pengundian di 15 bahagian dan sayap Wanitanya selesai semalam, manakala pemilihan Pemuda PKR Kedah yang ditangguhkan akibat masalah teknikal, diadakan hari ini.

Bahagian PKR di Selangor, Perlis dan Melaka mengundi hari ini, manakala Perak, Negeri Sembilan serta Sarawak esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.