Ikan lumba-lumba mati di Pantai Teluk Bahang

Ikan lumba-lumba mati di Pantai Teluk Bahang

Jabatan Perikanan Pulau Pinang berkata bangkai ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy Dolphin itu dianggarkan berukuran 1.98m.

DOLPHINE MATI FB PIC 120425
Petugas Jabatan Perikanan Pulau Pinang menanam bangkai ikan lumba-lumba terdampar di pesisiran Pantai Teluk Bahang, di kawasan berhampiran. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seekor ikan lumba-lumba ditemui mati di pesisiran Pantai Teluk Bahang berhampiran sebuah kuil Hindu di George Town, semalam.

Jabatan Perikanan Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Cawangan Konservasi dan Perlindungan bergegas ke lokasi selepas menerima laporan orang awam.

“Berdasarkan pemerhatian, bangkai ikan lumba-lumba tersebut jenis Irrawaddy Dolphin dan dianggarkan berukuran 1.98m,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, bangkai itu ditanam di kawasan berhampiran mengikut prosedur dan langkah pelupusan sesuai.

Katanya, ia mengalu-alukan kerjasama orang awam melaporkan sebarang kematian mamalia marin di perairan Pulau Pinang bagi tujuan pemantauan dan pemuliharaan sumber marin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.