Dr Sam tak tarik balik kenyataan TCO, kata pembantu

Dr Sam tak tarik balik kenyataan TCO, kata pembantu

Nasir Abd Razak menyifatkan catatan tular mendakwa Ahmad Samsuri Moktar memohon maaf kepada PM, menteri dalam negeri dan ketua polis negara sebagai 'fitnah jahat'.

Ahmad Samsuri Mokhtar
Semalam, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa beliau diletakkan bawah perintah kawalan perjalanan dan telefonnya dipintas. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pembantu Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan menteri besar Terengganu menarik balik kenyataannya dilabel individu berisiko bawah sistem kawalan sempadan negara.

Setiausaha Akhbarnya, Nasir Abd Razak, menyifatkan dakwaan tular di TikTok itu “fitnah jahat” untuk menjejaskan imej Samsuri.

” Samsuri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau posting seperti yang telah disiarkan (laman media sosial itu).

“Kami meminta siaran tersebut ditarik balik segera,” katanya dalam kenyataan dimuat naik ke Facebook Samsuri.

Catatan TikTok itu mendakwa Samsuri menarik balik kenyataannya berhubung perintah kawalan perjalanan (TCO) dan memohon maaf kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata, semua kenamaan, termasuk dirinya tertakluk kepada TCO.

Saifuddin pula menepis dakwaan Samsuri dengan berkata, sebagai menteri besar, beliau mendapat kawalan keselamatan setiap masa dan sebarang “pengawasan” tambahan tidak diperlukan.

Menurutnya, semua VVIP dalam negara sentiasa diawasi untuk tujuan keselamatan dan Samsuri tidak terkecuali.

Razarudin dilaporkan berkata, Samsuri tiada dalam “Senarai Pekeliling Khas” (SPK) kerana beliau bukan penjenayah atau suspek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.