Selepas kebakaran paip gas, penduduk berdepan banjir kilat

Selepas kebakaran paip gas, penduduk berdepan banjir kilat

Pengguna TikTok Qal Luniey berkata air mula naik di Kampung Tengah Puchong sejak malam tadi akibat hujan lebat.

banjir puchong
Keadaan di Kampung Tengah Puchong yang dinaiki air susulan hujan lebat sejak malam tadi. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Belum habis sengsara akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada hari kedua Aidilfitri, penduduk di Kampung Tengah Puchong kini dilanda banjir pula.

Mengikut perkongsian secara langsung pengguna TikTok Qal Luniey, air mula naik di kawasan kampungnya sejak malam tadi akibat hujan lebat.

“Memang masa kebakaran saluran gas, rumah saya pun terjejas, bumbung semua habis bocor.

“Tetapi masa kebakaran hari itu, saya tidak berada di rumah, saya berada di kampung, hanya rumah terjejas,” katanya sambil menambah beliau dan keluarganya kembali ke rumahnya Ahad lalu.

Menurutnya, beliau tinggal di rumah itu bersama tiga ahli keluarganya dan air yang masih di paras lutut setakat 10 pagi tadi, mula surut secara perlahan.

Beliau berkata, kampung itu pernah dilanda banjir.

Kebakaran saluran paip gas pada 8.10 pagi 1 April lalu menyebabkan api menjulang lebih 30m dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Insiden itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur lebih 40%, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah Puchong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.