
Anwar Ibrahim menegaskan semua kenamaan tertakluk kepada tindakan itu.
“Saya pun ada (tertakluk kepada tindakan TCO), semua VIP (kenamaan) ada,” katanya ketika ditemui selepas program ‘Meet Anwar @IIUM’, menurut Berita Harian.
Anwar mengulas tindakan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoalkan mengapa beliau dikenakan TCO.
Semalam, Samsuri dilapor mendakwa dilabel dan ditanda sebagai individu bawah status TCO sejak pertengahan tahun lalu.
Beliau yang dikenali Dr Sam mendakwa diletakkan bawah TCO, yang menurutnya menandakan sebagai individu berisiko dalam sistem kawalan sempadan Malaysia.
Selain dirinya, Samsuri mendakwa seorang lagi tokoh utama pembangkang turut dikenakan TCO.