PRK Ayer Kuning: Jika calon BN menang, ‘No Anwar No DAP’ tak lagi relevan, kata Puad

PRK Ayer Kuning: Jika calon BN menang, ‘No Anwar No DAP’ tak lagi relevan, kata Puad

Ahli MKT Umno berkata, Ayer Kuning jadi medan seterusnya BN-PH kukuh keserasian selepas Mahkota.

puad
Ahli MKT Umno Puad Zarkashi berkata, dengan mempertaruhkan Setiausaha Umno Tapah Mohamad Yusri Bakir sebagai calon pada PRK Ayer Kuning, BN menunjukkan keseriusan dan ketelitiannya.
PETALING JAYA:
Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) mewakili kerajaan perpaduan pada PRK Ayer Kuning 26 April nanti mampu membuktikan naratif ‘No Anwar, No DAP ‘ tidak lagi relevan untuk PRU akan datang, kata tokoh Umno Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu berkata, dengan mempertaruhkan Setiausaha Umno Tapah Mohamad Yusri Bakir sebagai calon pada PRK itu, BN menunjukkan keseriusan dan ketelitiannya.

“BN meneruskan naratif (PRK) Nenggiri dan Mahkota di mana ia boleh diterima semula oleh rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

“Sewajarnya pengundi Ayer Kuning pilih Yusri. Lebih efektif jika beliau terpilih dan isu tempatan pun lebih mudah diselesaikan.

“PRK Ayer Kuning medan seterusnya BN-PH berpeluang menguatkan keserasian selepas Mahkota. Kalau itu berlaku, naratif ‘No Anwar No DAP’ semakin tidak relevan untuk PRU16.”

Selain Yusri, Perikatan Nasional (PN) turut masuk gelanggang dengan mempertaruhkan ketua cawangan Tapah Abdul Muhaimin Malek, manakala Parti Sosialis Malaysia(PSM) akan mencalonkan timbalan setiausaha agungnya, Bawani KS.

Hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas. Beliau memenangi kerusi tersebut pada PRU lepas dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Pada PRK Mahkota September lepas, BN mempertahankan kerusi DUN itu dengan bergaya, apabila memperoleh majoriti 20,648 undi, empat kali ganda lebih besar berbanding PRN dua tahun lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.