
Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata seorang wanita 62 tahun membuat lima laporan antara 26 Mac hingga 4 April lalu yang turut menerima nota ugutan ditinggalkan di depan pagar rumahnya.
“Nota tersebut meminta mangsa membayar hutang dan bom petrol juga dibaling ke dalam kawasan rumahnya sebanyak lima kali.
“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kebakaran pada pagar rumah, kawasan tempat letak kereta, pintu depan dan dinding,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Beliau berkata pihak giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu khianat dengan api.
Beliau meminta pihak mempunyai maklumat berkaitan menghubungi pegawai penyiasat kanan S Dasarathan di talian 012-5644485 untuk membantu siasatan.