Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta akibat pelaburan tak wujud

Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta akibat pelaburan tak wujud

Polis berkata mangsa mendakwa terperdaya pelaburan dalam talian selepas melihat iklan di Facebook pada 20 Dis lalu.

hacker scammer
Polis berkata, mangsa yang dijanjikan pulangan 500% hingga 800% daripada modal dilaburkan, membuat beberapa transaksi wang ke tujuh akaun bank berbeza.
KEPALA BATAS:
Seorang petugas sektor kesihatan mengalami kerugian lebih RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Anuar Abdul Rahman, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial menerima aduan mangsa berusia 58 tahun itu Jumaat lalu.

Menurutnya, mangsa mendakwa terperdaya pelaburan dalam talian selepas melihat iklan pelaburan itu di Facebook pada 10 pagi 20 Dis lalu.

“Mangsa yang berminat menyertai pakej pelaburan ditawarkan itu membuat beberapa transaksi wang ke tujuh akaun bank berbeza, yang dijanjikan pulangan 500% hingga 800% daripada modal dilaburkan,” katanya dalam kenyataan.

Namun, beliau berkata, sehingga kini mangsa belum menerima sebarang pulangan pelaburan sebelum membuat laporan polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.