JPJ tak sita Lamborghini, hanya saman pemandu tiada lesen

JPJ tak sita Lamborghini, hanya saman pemandu tiada lesen

JPJ WPKL membenarkan penumpang berlesen sah membawa kereta mewah itu pulang.

JPJ WILAYAH PERSEKUTUAN
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memohon maaf di atas kekeliruan kenyataan media berhubung sitaan Lamborghini Aventador dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsar semalam.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menjelaskan Lamborghini Aventador dipandu warga China tanpa lesen tidak disita seperti dilaporkan.

JPJ WPKL memaklumkan pemandu itu sebaliknya hanya disaman dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsar, di sini, semalam.

“JPJ WPKL hanya mengeluarkan saman kepada pemandu dan membenarkan penumpang berlesen sah membawa kenderaan berkenaan pulang.

“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Pengarah JPJ WPKL Hamidi Adam dilaporkan berkata kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun itu antara 27 kenderaan disita dalam operasi bersepadu berkenaan.

Pencipta kandungan media sosial itu dilaporkan memandu kereta mewah miliknya untuk pulang ke rumah di Damansara Heights bersama teman wanita, selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.