
Ketua Polis Kulai, Tan Seng Lee, berkata satu laporan seorang pegawai kanan polis membuat laporan terhadap video yang dimuat naik di X itu
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah pusat penjagaan haiwan di Bandar Indahpura. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau meminta orang ramai membantu mengesan saksi dan suspek dalam kejadian itu serta menyalurkan maklumat berkaitan bagi membantu siasatan.
Tan turut menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang.
Terdahulu, satu klip video dua minit 16 saat memaparkan seorang lelaki berbaju putih menampar seorang lelaki berbaju merah didakwa mencuri wang, sebelum berlaku pertengkaran.