
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata ia juga memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan punca kejadian serta mengenal pasti faktor menyumbang kepada insiden tersebut.
“Siasatan dijangka selesai pada Mei 2025. Keutamaan tertinggi syarikat ketika kami pulih daripada insiden ini adalah memastikan keselamatan orang ramai, membantu mereka yang terjejas, dan menjaga keselamatan bekalan gas,” kata PGB.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan, syarikat itu berkata ia kini sedang menilai langkah pembaikan yang berpotensi dan sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan operasi di kawasan tersebut dapat disambung semula dengan selamat dan cekap.
“Syarikat tetap komited untuk menyelesaikan perkara ini dengan keutamaan tertinggi dan akan terus memberikan kemas kini serta pengumuman seterusnya seiring dengan perkembangan situasi,” katanya.