
Usahawan terlibat juga dibenarkan membuat pengeluaran simpanan daripada akaun Tekun Nasional masing-masing, kata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam kenyataan hari ini.
Katanya, Bank Rakyat juga menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terkesan.
Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang perniagaannya musnah akan menerima bantuan tunai sehingga RM4,000, manakala usahawan yang sedang menerima rawatan di hospital akan menerima bantuan RM500 sehari.
“Inisiatif ini bertujuan meringankan beban yang dihadapi usahawan yang berdepan dengan cabaran seperti premis perniagaan terjejas, kerosakan stok barangan atau kediaman.
“Turut ditawarkan bantuan bertindih bagi suntikan modal atau pembiayaan tambahan untuk membantu menampung kos pemulihan perniagaan atau keperluan segera selepas insiden kebakaran ini,” kata kenyataan itu.